#Amanz24 - Harga Redmi 5 3GB RAM Dikemaskini, Raspberry Pi 3 B+, Lenovo ThinkPad Malaysia
Berita hari ini dimulakan dengan tertirisnya spesifikasi penuh untuk peranti Oppo R15 dan R15 “Dream Edition”. Oppo R15 “Dream Edition” dikatakan menggunakan janaan cip Snapdragon 660, kamera utama 16+20 Megapixel dan bateri sebesar 3400mAh. Manakala untuk Oppo R15 pula, peranti ini dijana dengan pemproses MediaTek Helio P60, kamera utama 16+5 Megapixel dan bateri sebesar 3450 mAh. Seterusnya, pihak Sony akhirnya memberikan sebab mengapa Xperia XZ2 dan XZ2 Compact tidak disertakan bicu audio. Melalui blog rasmi Sony Mobile, bicu audio terpaksa dibuang kerana mengikut garis panduan rekaan Ambient Flow yang lebih cantik dan mereka juga menyatakan bahawa gaya penggunaan peranti kini telah berpindah ke aksesori audio tanpa wayar. Respberry Pi telah memperkenalkan model kemaskini baru mereka dikenali sebagai Raspberry Pi 3 Model B+. Saiz peranti ini dikatakan lebih kurang sama seperti Raspberry Pi Model B sebelum ini tetapi ia dicipta dengan kuasa pemprosesan yang lebih pantas dan telah mula ditawarkan melalui laman Raspberry Pi. Lenovo Malaysia pula kini telah melancarkan beberapa peranti Siri ThinkPad X1 yang terbaru. Ianya termasuklah Lenovo Lenovo ThinkPad X1 Carbon, Lenovo ThinkPad X1 Yoga dan juga Lenovo ThinkPad X1 Tablet. Menurut mereka, Thinkpad X1 Carbon dan X1 Yoga telahpun hadir ke pasaran tempatan dengan harga bermula RM7999 untuk X1 Carbon dan RM8999 untuk X1 Yoga, manakala untuk X1 Tablet pula, ia dijangka hadir ke pasaran Malaysia pada April kelak. Xiaomi Malaysia dilihat telah menurunkan harga rasmi Redmi 5 daripada RM679 kepada RM599, bagi versi 3GB RAM bersama storan dalaman 32GB. Akhir sekali, iFlix yang merupakan satu perkhidmatan penstriman video tempatan kini telah menawarkan langganan kad prabayar pada harga RM10 sebulan atau RM25 untuk langganan selama tiga bulan. Kad prabayar iFlix ini kini boleh didapati daripada 7-Eleven seluruh negara. ---------------------------------------------------- Mahukan review smartphone murah dan flagship terkini? Langgan saluran Youtube kami: http://www.youtube.com/subscription_center?add_user=AmanzNetwork Ikuti Amanz untuk pelbagai info teknologi terkini: • Web: http://amanz.my • Facebook: https://www.facebook.com/AmanzNetwork • Twitter: https://twitter.com/amanz • Instagram: https://instagram.com/amanz.my/ Suntingan Video: • Arib Ismail: https://twitter.com/aribismail https://instagram.com/aribismail Pengulas: • Syafia Hani