Добавить
Уведомления

#Amanz24 - Dell Latitude, Lenovo ThinkBook 13s, WeChat Pay Malaysia

Dell Malaysia telah melancarkan beberapa komputer riba terbaru dibawah siri Latitude. Menjadi fokus utama pelancaran adalah model Latitude 7400 2 dalam 1. Ia hadir dengan rekaan skrin sesentuh berasaskan Gorilla Glass 5 bersaiz 14-inci, pilihan memori 32GB RAM dan storan sehingga 2TB. Melengkapkan peranti adalah teknologi Intel Context Sensing selain menawarkan sokongan penggunaan bateri sehingga lebih 20 jam. Selain itu, Dell turut membawakan beberapa peranti lain termasuk siri Latitude 7200, Latitude 5400, Latitude 5300, Latitude 3500 dan Latitude 3400. Di Malaysia, peranti- peranti ini boleh didapatkan pada harga bermula RM5402. Siri Lenovo ThinkBook 13s secara rasminya hadir untuk pasaran tempatan. Ia hadir dengan dua pilihan model iaitu ThinkBook 13s dengan Intel Core i7 dan ThinkBook 13s dengan Intel Core i5. Kedua-dua variasi ini dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 13.3-inci FHD, memori DDR4 8GB sehingga 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 256GB dan 512GB. Model ThinkBook 13s Core i7 membawakan pilihan kad grafik AMD Radeon 540X untuk tujuan mengedit video. Untuk jualan, Lenovo ThinkBook 13s dengan CPU Intel Core i5 boleh didapati pada harga RM4369, manakala model dengan CPU Intel Core i7 dijual pada harga RM5459. Mengenai Lenovo lagi, jenama ini menawarkan Lenovo IdeaCentre AIO A34o untuk pasaran Malaysia. Ia hadir dengan dua pilihan skrin sebesar 21.5-inci atau 23.8-inci dengan sokongan sesentuh, pilihan cip Intel Core i5 generasi ke-9, memori sehingga 8GB RAM DDR4, storan 128GB M.2 PCIe SSD dan storan 1TB HDD. BAgi yang berminat, peranti ini dijual pada harga bermua RM1999 sebuah. Seterusnya, Vivo dijangka akan melancarkan kaca mata realiti terimbuh di sebuah acara di Shanghai. Ia bakal menawarkan pandangan seluas 111 darjah selain akan menyertakan sokongan skrin 3D bersama-sama dengannya. Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi menarik yang bakal disertakan untuk peranti. Akhir sekali, WeChat Pay memperkenalkan ciri Smart Order untuk membuat pesanan di restoran. Menerusi aplikasi ini, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk memesan makanan. Buat masa ini, ciri ini telah diperkenalkan di semua rangkaian Restoran Syed Bistro dan dijangka akan ditawarkan di restoran-restoran lain dalam masa yang terdekat.

12+
14 просмотров
2 года назад
19 февраля 2024 г.

, чтобы оставлять комментарии